Monday, October 30, 2017

MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN

Lepas river cruise kami pun naik tram menuju ke Swanston Street for lunch. Masa dalam tram semalam ada kami ternampak restoran Tasty Pizza & Kebab ni, tu yang nak try hari ni. 

Kami nak try 'Halal Snack Pack' ni.

Dalam restoran Tasty Pizza & Kebab.

Macam-macam ada.

Simple but cozy.

'Halal Snack Pack' and teh susu. Teh tu ada spice. Nice! Dan portion 'snek' ni sangat la besar! Tu pun dah mintak saiz 'small'! Jenuh nak habiskan.. hehe. Alhamdulillah.

Sambil makan tu kami plan nak cari masjid untuk solat. So tanya la orang restoran ni dan dia beri direction. We also refer to maps. Nampak macam tak jauh.

Selesai makan kami pun ke tram stop untuk ke Queen Victoria Market. Dan dari sana kami akan jalan kaki ke masjid. Sambil jalan tu 'klik', 'klik' dan 'klik' lagi.. hehe.

Bangunan yang ada menara jam tu ialah Melbourne Town Hall. Bangunan kanan tu ialah The Westin, Melbourne.
Selepas 20 tahun dalam pembinaan town hall ni siap pada 1887. Ianya heritage-listed. Ia telah digunakan untuk pelbagai tujuan seperti konsert, pameran teater dan pameran.

Hujung sana tu ialah St Paul's Cathedral. 


Berhenti kejap di Elizabeth Street/La trobe Street tram stop ni untuk ambik gambar sebab nampak busy.. hehe.


Also di lokasi tram stop ni nice untuk ambik gambar macam ni.  

Dan kami pun naik tram ke Queen Victoria Market. Hah! Dapat pun satu shot driver dalam tram console. Dengan tengah nak berselisih dengan tram lain pulak...hehe. 

Tiba di Queen Victoria Market. Dan dari market ni kami berjalan ke Flagstaff Gardens. 

Masa dalam perjalanan tu kami terjumpa back alley ni yang penuh dengan murals. Cannot contain my excitement masa tu.. haha. 

Amazing artworks.








My favourite 😊.

Di belakang tu ada banyak lagi tapi saya tak la jalan sampai ke sana. Sebab macam seram je sebenarnya tempat ni.. hehe. 







And we came upon Flagstaff Gardens. Kami akan merentas taman yang cantik ni untuk ke bangunan Islamic Council of Victoria di Jeffcott Street which is on the other side of this garden.

Ada info tentang taman ni. 


Flagstaff Gardens adalah taman tertua di Melbourne, Victoria, Australia, yang pertama kali ditubuhkan pada tahun 1862. 

Hari ini ia adalah salah satu taman yang paling banyak dilawati oleh penduduk dan pekerja pejabat berdekatan dan juga oleh pelancong.


Beautiful garden.


Di taman inilah umat Islam di Melbourne menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha tempohari.

Ada sundial dari abad ke 19.


Heritage Victoria Register melindungi sebilangan pokok milik majlis perbandaran di Flagstaff Gardens ni. Tentu ada pokok-pokok yang dah berusia ratusan tahun di sini.

Nampak tak batang-batang pokok yang berbalut tu? Pokok-pokok di taman ini terpaksa dilindungi dengan metal bands untuk elak dari dirosakkan oleh possums. Cara protection ini juga digunakan di taman-taman botani Melbourne dan Sydney. Banyak pokok yang rosak atau mati dicalar dan digigit oleh possums masa mereka memanjat dan when they are marking their territories by biting on the bark. Sejumlah pokok yang disenaraikan sebagai warisan telah mati dan banyak lagi dalam bahaya jika tiada apa yang dilakukan. 

Inilah possum. Comel. Dikatakan waktu malam, ada banyak possums ni di Flagstaff Gardens. Ada banyak sebab ada orang yang datang ke taman ni pada waktu malam dan bagi possums ni makan. Jadi bila dah senang dapat makanan, possums ni pun tak perlulah spend time to find food, so they use the time mating la. Tu yang population possums makin bertambah therefore banyak pokok-pokok di taman ni rosak koyak dan calar balar sebab possums panjat and live in the trees. Bukan di taman ni je, malah di taman-taman lain juga.

Masa dah full Spring dan summer tentu pokok-pokok ni rendang.

Love parks in the middle of a city macam ni.


Kami pun terus berjalan merentasi Flagstaff Gardens ni.

So beautiful and inviting.


I suppose hanya masa macam ni saja boleh nampak the buildings around the park, masa pokok-pokok ni tak berdaun.


Such amazing blue sky.


Dan kami pun sampai ke hujung Flagstaff Gardens ni di Kings Street.

Ada banyak pokok-pokok bunga with vibrant colors.

Melintas Kings Street dan masuk ke Jeffcott Street. 

So tadi kami mula berjalan dari Queen Victoria Market, merentas Flagstaff Gardens dan masuk ke Jeffcott Street untuk ke Islamic Council of Victoria.

Lokasi Islamic Council of Victoria di Jeffcott Street.

Di Jeffcott Street. Di persimpangan Kings Street dan Jeffcott Street ni satu statue bernama 'City Living', depicting links of 'family' to both the domestic space and the city fabric.

Walking down Jeffcott Street.

Came upon Royal Flagstaff building.

Juga Flagstaff Square.

And also Australasian College for Emergency Medicine / Emergency Medicine Research Foundation.

Dan inilah bangunan Islamic Council of Victoria (ICV).  
'Our vision is to build a better community for all Australians through the empowerment of Muslims in Victoria'. 

The Islamic Council of Victoria (ICV) is the peak Muslim body representing an estimated 200,000 Victoria Muslims and over 60 member societies. ICV offer advocacy and social welfare services while leading state and national initiatives on cohesion and harmony through community consultations and advice to Government. It has experience in building meaningful engagements, partnerships and projects with over 70 organisations (Muslim and non-Muslim) including over 20 Multifaith and Multicultural groups. - www.icv.org.au

Pintu masuk ke bangunan Islamic Council of Victoria (ICV) di Jeffcott Street.

Depan bangunan ni ada iklan ni. Halal alternative. 

MCCA, Australia's leader in Islamic Finance, offering Islamic finance products to address the financial, banking and investment needs of the Australian Muslim community by offering Shari’ah Compliant housing finance products.

Building Directory.

Ruang dalam bangunan di pintu masuk.

Ada rak kecil penuh dengan buku-buku agama termasuk sebuah buku bertajuk 'Solat Musafir - Panduan dan Praktikal Solat Jamak dan Solat Qasar'. 

Ada kedai kecil di ruang masuk ke dalam bangunan ni. Tiada yang jaga, so kalau nak beli, ambil barang dan masukkan duit yang cukup ke dalam kotak yang disediakan. Kalau tak de enough small change, masukkanlah duit lebih dan balance tu kira sedekahkan. 

Rak-rak kasut di lorong masuk ke ruang solat lelaki. 

Bilik wuduq lelaki.

Bilik air.

Ruang solat lelaki di ICV, Melbourne.

Alhamdulillah dapat bersolat dengan selesa di sini.





Masa Solat Jumaat bahagian garage ini dibuka untuk jemaah.

Selesai solat kami pun berjalan semula ke Flagstaff Gardens untuk ke tram stop terdekat sebab next kami nak ke Fitzroy Gardens pulak.

Flagstaff Gardens and Melbourne skyscrapers. 


Pokok bunga aloe yang tengah blooming in Spring. 

Vibrant betul warna bunga aloe ni especially dengan backdrop langit yang sangat biru.

Tangga naik ke Flagstaff Gardens.

Must take more shots la... so beautiful.. hehehe.



Berjalan merentas Flagstaff Gardens sekali lagi to nearest tram stop. 

Sambil terus ambik gambar 😊.









Taman luas macam ni kena la shoot wide jugak 😊.



Ternampak restoran Little Ipoh. 

Kami pun naik tram di tram stop ni. Tapi kami tersilap tak turun di tram stop yang terakhir dalam free tram zone iaitu di tram stop di Flinders Street. Sebab kami ingat tram ni akan ke arah Spring Street yang terletak di tepi Fitzroy Gardens. Instead tram ni left the free tram zone dan pergi ke arah Melbourne Sports and Entertainment Precinct. Panic la kami.. hehe.

So kami pun turun di tram stop dekat Rod Laver Arena. Mujur tak de tram inspector datang check sebab kami tak ada kad Myki.

Dari tram stop tadi kami pun berjalan kaki saja ke Fitzroy Gardens. Within walking distance nak ke taman tu tapi jauh juga sebab mesti lalu Birrarung Marr Playground yang luas ni.

But we were glad that we had to sebab view dari playground ni adalah sangat awesome! 

Dari Birrarung Marr Playground ni kami teruskan berjalan ke Batman Avenue Bridge.

Toleh belakang ada view Birrarung Marr Playground, Yarra river dan area Southbank di mana terletaknya Eureka Tower.

Another amazing view - Eureka Tower and Federation Square.  

Untuk ke Fitzroy Gardens kami mesti melalui Batman Avenue Bridge ni. Dan views dari sini lagi la awesome!

Ni lokasi kami di atas Batman Avenue Bridge.
By the way, nama 'Batman' tu tentulah bukan sempena Batman superhero DC Comics tu 😃, tapi dari John Batman. Siapa dia? Kalau rajin baca la di link ni. Whoa! Dahsyat betul history dia! Boleh buat filem starring Russell Crowe as John Batman. Sure box office! 😃

Seriously kalau nak ambik gambar Melbourne City ni, pergilah ke jambatan ni. Especially masa sunset sebab matahari terbenam betul-betul di depan tu. 


Panorama satu 😊.



Sampai di Wellington Parade. Sebelah kiri tu ialah Fitzroy Gardens. 

Kami masuk ke Fitzroy Gardens ni melalui entrance di persimpangan Wellington Parade dan Spring Street. 

Time check: 4:26 pm. Ok, sempat lagi sebab pick up ke airport ialah pukul 7:30 pm.
Temperature: 15°C. Alhamdulillah, just nice.
Partly sunny with 55% chance of rain. We're hoping for the 45% chance lah 😃.  

Bersambung... foto-foto Fitzroy Gardens banyak sangat so kena split into another entry 😃. 

Di bawah ialah semua links untuk entries Melbourne, Victoria saya for easy reference:
1) MELBOURNE - DAY 01 - DEPARTURE & ARRIVAL
2) MELBOURNE - DAY 02 - PART 01 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ROYAL BOTANIC GARDEN & YARRA RIVER
3) MELBOURNE - DAY 02 - PART 02 - MELBOURNE HIGHLIGHTS - ST KILDA & BATHING BOX
4) MELBOURNE - DAY 03 - PART 01 - DANDENONG RANGES NATIONAL PARK & PUFFING BILLY
5) MELBOURNE - DAY 03 - PART 02 - SASSAFRAS & CHURCHILL ISLAND HERITAGE FARM
6) MELBOURNE - DAY 03 - PART 03 - KOALA CONSERVATION CENTER
7) MELBOURNE - DAY 03 - PART 04 - THE NOBBIES - SUMMERLANDS - PENGUIN PARADE
8) MELBOURNE - DAY 04 - PART 01 - ANGLESEA - URQUHART BLUFF AIREYS INLET - GREAT OCEAN ROAD
9) MELBOURNE - DAY 04 - PART 02 - MEMORIAL ARCH - GREAT OCEAN ROAD - LORNE CUMBERLAND RIVER
10) MELBOURNE - DAY 04 - PART 03 - APOLLO BAY
11) MELBOURNE - DAY 04 - PART 04 - TWELVE APOSTLES
12) MELBOURNE - DAY 04 - PART 05 - ISLAND ARCHWAY - RAZORBACK - LOCH ARD GORGE - PORT CAMPBELL
13) MELBOURNE - DAY 05 - PART 01 - FEDERATION WHARF - SOUTH BANK
14) MELBOURNE - DAY 05 - PART 02 - QUEEN VICTORIA MARKET
15) MELBOURNE - DAY 05 - PART 03 - MELBOURNE RIVER CRUISE
16) MELBOURNE - DAY 05 - PART 04 - ISLAMIC COUNCIL OF VICTORIA (ICV - CITY MOSQUE) - FLAGSTAFF GARDEN 

17) MELBOURNE - DAY 05 - PART 05 - TREASURY GARDENS AND FITZROY GARDEN - GOING HOME

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. dah rajin selpie eh sekarang ni!! hehehe

    pakcik eh abang eh en syed ..hehhehe.. macamana buat gambar 360 degree view yang kat tram station tu ?

    aloe as in pokok aloe vera? berbunga ? tak pernampak kat sini
    interesting


    cepat lah habiskannn...
    saya tak sabar tunggu yang next trip punya...
    update lah masa travel jugak kat sini.....
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aa.. hehe. Bila go through the photos, realised my own photo sendiri very few lah..hehe.

      Eh.. eh... eh... hahahaha... I myself pun confuse.. hahaha...
      Guna camera 360 degree yg i dah inform you tu lah :).

      Yes, pokok bunga tu. Unik kan.

      Hehehe... biasa la me, kena perap sikit. Tunggu hilang jetlag.. hehe

      Delete